Propercourse
Propercourse adalah sebuah unit di bawah ANAZ NETWORK BUSINESS (CA 0156388-P) yang beralamat di 107 J. XI, 26400 BTR Jengka, Pahang. Propercourse dilantik untuk menganjurkan Kursus FOREX khas kepada 'saudara baru' FOREX yang ingin mengetahui dan belajar cara perniagaan FOREX. Propercourse menyediakan khidmat nasihat dan pengajaran FOREX dengan kos yang minimum dan mampu di sertai oleh sesiapa sahaja yang benar-benar serius untuk menceburkan diri dalam bidang Forex.

 

 

TERMA DAN SYARAT

Sila baca terma dan syarat ini sebelum membuat pendaftaran dan pembayaran.

Pihak kami mengandaikan anda telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat ini sekiranya anda telah menghantar pendaftaran kepada kami.

Sebarang bantahan, atau surat menyurat selepas pendaftaran tidak akan di layan.



  1. Peserta mendaftar dengan mengisi maklumat peribadi yang betul.
  2. Maklumat peribadi peserta adalah menjadi hak milik Propercourse dan tidak akan dibocorkan kepada mana-mana pihak.
  3. Wang yang telah di bayar, tidak akan dipulangkan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus pada tarikh yang ditetapkan.
  4. Peserta yang hendak menarik diri, perlu membuat permohonan tarik diri secara bertulis kepada admin@properforex.com selewatnya 48 jam sebelum kursus dijalankan. Peserta yang membuat permohonan selepas itu tidak akan di layan.
  5. Bagi peserta yang menarik diri, wang anda akan dipulangkan dalam tempoh 3 hari selepas pembatalan anda disahkan.
  6. Pihak Propercourse atau ANAZ NETWORK BUSINESS tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang berlaku kepada peserta kursus ini setelah menggunakan bahan dan pengajaran dari kursus ini.
  7. Propercourse berhak membatalkan kursus pada bila-bila masa dengan notis sekurangnya 48 jam sebelum kursus dijalankan, atau menunda kursus pada satu tarikh yang lain.
  8. Jika kursus dibatalkan, yuran peserta kan dipulangkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh kursus sepatutnya dijalankan.
  9. Pihak penganjur tidak akan menunggu sehingga semua peserta sampai untuk memulakan pengajaran.
  10. Tarikh tutup penyertaan adalah sehari sebelum kursus diadakan. Bagi peserta yang lewat mendaftar, pendaftaran anda tidak akan dilayan dan wang anda tidak akan dikembalikan.